sktpsh.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sktpsh@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | KATA ALU-ALUAN | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | KEPUTUSAN UPSR |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah merupakan nama baru bagi sekolah yang asalnya bernama SK Nai Teh .Ianya telah diasaskan oleh Datuk Penghulu Mukim Padang Temak ,Encik Buhannuddin b. Md Saad dengan kerjasama Datuk Panglima Encik Said dan Lebai Mohamad serta ketua-ketua kampung yang berhampiran iaitu Kampung Tanjung Putus,Kampung Seberang Paya dan Kampung Machang,

Padan tahun 1949 ,bermulanya kesedaran penduduk kampung untuk membangunkan sebuah sekolah dengan menggunakan batang pokok hutan sebagai tiang dan daun nipah sebagai atap.Namun usaha ini tidak sampai kemana kerana keadaan sosioekonomi pada masa itu serta sukar untuk mendapatkan tenaga pengajar yang layak.Usaha ini diteruskan lagi pada tahun 1953,namun usaha ini juga menemui jalan buntu.Usaha murni ini tetap diteruskan dengan menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai oleh Encik Mehat b. Awang Ahmad  bertanggungjawab mengutip derma ini juga gagal kerana masalah kewangan dan guru terlatih.

Pada Tahun 1961, masalah Sekolah ini mula mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Datin Fatimah bt Hashim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Padang Terap dan Encik Harun Hamzah ,Pegawai Daerah Padang Terap .Mereka telah berusaha agar sekolah ini mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.Akhirnya usaha mereka telah membuahkan hasil dimana akhirnya sekolah ini telah tersenarai dalam Rancangan Pembangunan Luar Bandar.

Atas usaha semua pihak pada bulan Ogos 1961 ,sekolah ini telah dilawati oleh Ketua Pegawai Pelajaran Encik Mustafa bin Rajis bersama -sama dengan guru pelawat.Rentetan daripada peristiwa berkenaan akhirnya pada tahun bulan September 1961 sekolah ini telah diterima sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan .Seorang guru terlatih iaitu Encik Abdul Karim b. Shafie telah ditugaskan untuk mengajar murid - murid kampung ini yang berjumlah 41 orang.Seterusnya pada bulan Oktober 1961 Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan .Lembaga ini terdiri daripada 3 orang wakil ibu bapa.

Pada 1 September 1962 sekolah ini telah menerima dua orang lagi guru iaitu,Encik Mohd Rejab bin Said dan Puan Fatimah Abdul Salim.Bangunan baru sekolah ini juga telah mula didirikan pada bulan September 1962 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1963.Jumlah murid dan guru juga semakin bertambah pada tahun 1963.

Jumlah pelajar yang semakin bertambah menyebabkan bangunan baru terpaksa didirikan untuk menampung jumlah pelajar ini.(1983 - Blok C) (1988 - Kantin Sekolah) (1992 - Blok D. Bilik Sains dan KH)(1994 - Blok A - Pejabat dan Kelas)

Sikap penduduk dan waris yang sentiasa perihatin dan mewujudkan suasana pembangunan selaras dengan kehendak dalam pendidikan telah menampakkan perkembangan yang jelas dari segi infrastruktur guru-guru dan lain- lain lagi.Ini jelas dapat dilihat apabila Jawatankuasa PIBG ditubuhkan dalam menjana kecemerlangan sekolah dan hubungan antara warga sekolah dan masyarakat.

Kini Sekolah yang dahulunya dikenali Sebagai Sekolah Nai Teh telah berubah wajah.Dengan nama baru SK Toh Puan Sharifah Hanifah.sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti Makmal Komputer yang  lengkap.

Sekolah ini juga telah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh .









Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: